Antara Lelaki dan Perempuan dalam percintaan.
Wednesday, June 15, 2011 | 8:34 AM |
0 gossip
Assalamualaikum!!
Ape maksud tajuk 2 ea?
Macam tergantung jerk.. haha.. Luv-story nak berkongsi sedikit pengalaman
sebenar yang telah dilalui.
Okay, luv-story ingin menceritakan tentang,
"Sifat-sifat lelaki dan perempuan" dalam percintaan. *Yang serius dalam hubungan sahaja*
Luv-story ingin memulakan dengan lelaki dahulu.
Lelaki
- Lelaki nieyh, kalau bercinta, memang suke memberikan kata-kata romantik kepada pasangannya supaya pasangannya percaya bahawa dia benar2 mencintainya.
- Dia akan berbuat apa sahaja untuk memenangi hati pasangannya, contohnya, memujuk pasangan sehingga berjaya, selalu bertolak ansur dengan pasangan, dan akan memberikan sesuatu (hadiah) untuk pasangannya supaya selalu mengingatinya.
- Kelemahan lelaki dalam bercinta, selalu lupa akan tarikh-tarikh penting antara die dan pasangannya.
- Menjadikan pasangannya sebagai pembakar semangat dalam melakukan sesuatu perkara, contohnya, dalam pekerjaan.
- Sering menghubungi pasangan dan selalu bertanyakan khabar tidak kira masa.
- Lelaki yang setia tidak mudah jatuh hati dengan perempuan lain.
- Lebih memikirkan masa depan berbanding menikmati keseronokkan.
Perempuan
- Perempuan selalunya akan bersikap "manja" terhadap pasangannya agar dirinya diberi perhatian. Perhatian daripada pasangannya akan membuatkan dirinya berasa disayangi apabila dipujuk.
- Perempuan yang serius, dan berfikiran waras tidak akan menyerahkan "mahkotanya" sebelum dirinya dikahwini. (Bersikap tegas dalam menjaga kesuciannya).
- Dia(perempuan) akan mengingati setiap tarikh-tarikh penting dalam sepanjang perhubungannya dengan pasangan dan akan membuat satu diari/nota2 tentang peristiwa yang berharga bagi dirinya. (Sesetengah perempuan tidak melakukannya)
- Tidak akan memberi tekanan/bebanan terhadap pasangannya dan akan membantu pasangannya untuk bersama-sama menghadapi kesulitan hidup.
- Tidak mengambil kira tentang paras rupa pasangan tetapi mengambil berat tentang sikap pasangan untuk keserasian dalam hidup.
- Memahami sikap pasangan dengan mendalam walaupun tidak diberitahu oleh pasangannya.
- Selalu mengharapkan pasangannya dapat memberikan kebahagiaan dalam membina rumahtangga dan mendapat pasangan yang boleh membimbing dirinya.
Setiap hasil tulisan adalah sekadar pendapat dari pengalaman.
Selamat membaca!
*klik iklan untuk support luv-story*
Labels: Love
Old | New